Friday, October 19, 2012

Perniagaan Popular Musim Hujan

Malam tadi rendam kacang soya 5kg. Dalam kepala dah fikir, kalau esok hari Khamis, mesti balik awal punya sebab sekejap aje jualan dah habis. Tup tup bangun subuh-subuh lagi dah berderai hujan bukan main lebat. Aduh-aduh... Kalau musim hujan orang tak suka nak beli air apatah lagi air batu, walaupun soya yang kita buat mengalahkan soya yeos dalam kotak. Masuk musim-musim tengkujuh begini, agak-agak anda perniagaan apa yang sesuai bagi seorang penjaja? Kadang-kadang kita kena ada dua atau tiga plan perniagaan yang bagus untuk menghadapi musim-musim seperti ini. Kalau di Kelantan, musim begini akan muncul ramai peniaga-peniaga putu halba di tepi-tepi jalan. Sebenarnya dulu pun hamba tak tahu juga rupa bentuk putu halba ni. Caranya macam buat putu piring tapi dengan menggunakan ubi kayu yang diparut. Di dalamnya ada gula merah dan dicicah dengan kelapa muda yang diparut. Kalau kena dengan cara buatnya, memang sedap. Lebih-lebih lagi makan masa panas-panas sambil tengok air hujan menitis ke bumi. Ewah... Selain jual putu halba, mungkin makanan ringan yang panas-panas menjadi tumpuan pelanggan dalam cuaca yang sejuk begini. Rasa nak makan goreng pisanglah, kacang rebuslah, jagung rebuslah, pau yang panas-panaslah... pendek kata perut cepat lapar kalau hari sejuk. Kalau cuaca panas, akan cepat rasa dahaga dan pelanggan akan memilih untuk membeli minuman terlebih dahulu berbanding makanan. Anda dah nampak nak jual apa musim tengkujuh ni? Payung? Boleh juga... Saya pun dah ada plan bagus punya... Mudah-mudahan berjalan lancar. Tak boleh beritahu kat sini... Rahsia... Salam Aidiladha...

Saturday, March 24, 2012

Wanita dan Amanah Ikhtiar

Assalamualaikum semua... Kembali berblog... dah lama tak mencoret... Menulis di blog ni ikut angin juga. Kadang angin pasang kadang angin surut. Kalau jadi wartawan agaknya dah lama kena tendang sebab takde cerita bagus punya... Hari ni nak cerita sikit aje. Pasal peniaga wanita kita di Kelantan... Kalau anda ke Pasar Khadijah di Kota Bharu anda akan menemui ramai makcik-makcik kita yang berniaga di sana. Kan? Ada yang jual kuih.. sayur.. buah.. kain.. dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda semua kebanyakan wanita yang berniaga di sana majoritinya merupakan sahabat dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Negeri Kelantan adalah negeri yang paling ramai ahlinya dalam AIM ini. Bukan senang nak masuk AIM ni. Kena ada sahabat lain yang kena rekomenkan kita dulu. Kena ada ujian sebelum boleh jadi ahli. Dan setiap minggu wajib hadir kelas AIM untuk membayar balik pinjaman yang dibuat. Pinjaman paling minima untuk ahli baru sekarang ni adalah RM2000. Setiap ahli kena wajib guna modal tu dengan sempurna dan wajib bayar balik dengan sempurna. Setiap ahli mesti kena ada projek yang bagus sekiranya ingin membuat pinjaman. Bukan boleh main pinjam-pinjam aje dan tak tau nak jual apa. Kalau projek berjalan dengan bagus dan lancar... tahun seterusnya nilai pinjaman boleh ditingkatkan dari RM2000 kpd RM3000 pula. Ada juga ahli lama yang boleh membuat pinjaman sehingga RM15000. Dan syaratnya yang utama ialah mesti bayar balik setiap minggu... Kalau takde projek... anda berani nak pinjam? Jangan cari pasallah... kan? Begitulah serba sikit tentang peniaga wanita kita dan AIMnya.... Lain kali cerita lagi ya.... Wassalam.