Friday, October 19, 2012

Perniagaan Popular Musim Hujan

Malam tadi rendam kacang soya 5kg. Dalam kepala dah fikir, kalau esok hari Khamis, mesti balik awal punya sebab sekejap aje jualan dah habis. Tup tup bangun subuh-subuh lagi dah berderai hujan bukan main lebat. Aduh-aduh... Kalau musim hujan orang tak suka nak beli air apatah lagi air batu, walaupun soya yang kita buat mengalahkan soya yeos dalam kotak. Masuk musim-musim tengkujuh begini, agak-agak anda perniagaan apa yang sesuai bagi seorang penjaja? Kadang-kadang kita kena ada dua atau tiga plan perniagaan yang bagus untuk menghadapi musim-musim seperti ini. Kalau di Kelantan, musim begini akan muncul ramai peniaga-peniaga putu halba di tepi-tepi jalan. Sebenarnya dulu pun hamba tak tahu juga rupa bentuk putu halba ni. Caranya macam buat putu piring tapi dengan menggunakan ubi kayu yang diparut. Di dalamnya ada gula merah dan dicicah dengan kelapa muda yang diparut. Kalau kena dengan cara buatnya, memang sedap. Lebih-lebih lagi makan masa panas-panas sambil tengok air hujan menitis ke bumi. Ewah... Selain jual putu halba, mungkin makanan ringan yang panas-panas menjadi tumpuan pelanggan dalam cuaca yang sejuk begini. Rasa nak makan goreng pisanglah, kacang rebuslah, jagung rebuslah, pau yang panas-panaslah... pendek kata perut cepat lapar kalau hari sejuk. Kalau cuaca panas, akan cepat rasa dahaga dan pelanggan akan memilih untuk membeli minuman terlebih dahulu berbanding makanan. Anda dah nampak nak jual apa musim tengkujuh ni? Payung? Boleh juga... Saya pun dah ada plan bagus punya... Mudah-mudahan berjalan lancar. Tak boleh beritahu kat sini... Rahsia... Salam Aidiladha...