Thursday, November 25, 2010

Pesan Usahawan Cina kpd Peniaga Melayu

Jika kita hendak menimba ilmu berniaga, kenalah belajar daripada orang yang juga berniaga. Jika kita bertanya kepada orang yang makan gaji, banyak perkara yang kita takkan puas hati. Kebanyakannya teori tanpa amali, tanpa pengalaman hanya pemerhatian dan hanya nasihat gitu gini bukannya kenapa perlu begitu atau begini.

Pernah sekali seorang peniaga cina ditanya kenapa orang cina belajar tinggi2 tapi bila balik, berniaga tolong mak bapak jugak. Diaorang kata siapa lagi yang boleh mewarisi perniagaan mereka kalau bukan anak beranak. Dia kata lagi, orang Melayu kalau berniaga kurang laku, terus nak berniaga jual makanan. Perniagaan makananlah yang paling senang nak buat. Pandai masak sikit-sikit pun boleh jual. Tak belajar tinggi pun boleh jadi tauke. Tapi bagi saya perniagaan makananlah (terutama kedai makan) yang paling cerewet. Apa tidaknya, semua benda kena perhati. Dari bawang-bawang ke pencungkil gigi, dari kertas bungkus ke tisu dan sudu garpu. Dari gulai-gulai ke sambal belacan. Semuanya kena perhati tengok.

Pesan usahawan cina kepada orang Melayu kita, kalau hendak berniaga, kena ingat ini:
1. Kalau nak berniaga, juallah di tempat yang mana ramai orang menjual.
2. Jangan berniaga sama produk. Contohnya kalau jual pisang goreng, semua yang lain ikut jual pisang goreng.
3. Jadilah pelengkap kepada perniagaan lain. Contohnya: Kalau orang lain jual pisang goreng, kita juallah air batu. Pelengkap kepada jual makanan, ialah jual minuman.
Sebab itu, bila kita perhatikan, KFC akan duduk dekat dengan Mc Donald ke, Ayamas ke. Kerana masing2 ada pelengkap. Orang yang tak suka KFC tapi suka makan burger, akan ke Mac Donald. Atau orang yang nak makan ayam atau nugget dan tak suka tengok orang ramai-ramai, hanya perlu pergi ke kiosk Ayamas shj.
4. Pastikan perniagaan pertama yang kita ceburi betul-betul maju. Barulah boleh ceburi bidang perniagaan yang lain.
5. Tidak ada jalan pintas untuk cepat kaya.

Demikianlah beberapa nasihat yang saya boleh ingat. Ada juga yang terlupa. Tapi perhatikanlah... Biasanya orang melayu selalu jadi kuli di "company" orang cina. Tapi jarang sungguh kita lihat orang cina jadi kuli di company orang melayu. Kan? Agaknya orang melayu lebih suka jadi kuli dari jadi tauke walaupun belajar sampai universiti. Padahal orang cina yang jadi tauke tu kekadang tak pas SPM pun.

Setakat ini dulu catatan saya....

Ekspo Cheng Ho Kelantan 2010

Ekspo Cheng Ho sedang berlangsung bermula dari Ahad 21/11/2010 - 26/11/2010. Esok hari last. Entah dapat pergi ke tidak. Maklumlah sibuk ngan kerja2 di kedai. Dengar khabar banyak pameran tempatan berbanding negara cina. Tapi kpd sedara/ri yg nak maklumat lanjut boleh layari www.chenghoexpo.com.my. Expo diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.

Friday, November 5, 2010

Oghe Klate


Assalamualaikum. Salam perkenalan buat semua yg bertamu di blog saya. Di sini, saya akan berkongsi dgn sedara sedari tentang kisah-kisah peniaga dan usahawan yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Sama ada kisah mereka yang berjaya, yang gagal atau yang baru merangkak nak menjalankan bisnes. Sangat menarik untuk dikongsi bersama agar kita mendapat pimpinan dan iktibar dan dapat mencontohi mereka yang berjaya.

Saya sebenarnya bukanlah anak jati Kelantan. Tapi sudah menetap di sini hampir 11 tahun. Kali pertama menjejakkan kaki di sini, terasa kagumnya saya melihat deretan kedai-kedai anak bangsa Melayu. Tak kira kedai tayar, bengkel kereta, kedai dobi, kedai makan, kedai runcit, pasar borong, kedai bundle, kosmetik, kedai gambar, tadika, kedai kek dan roti, semuanya dimonopoli oleh orang Melayu kita. Terasa bangga sekali bila dapat lihat bangsa sendiri pandai meniaga. Tapi kalau balik ke Selatan tanah air, semua perniagaan tersebut dimonopoli oleh bangsa kulit putih (Cina). Betul tak?

Tapi bagi kebanyakan mereka yang duduk di luar Kelantan, yang jarang-jarang datang ke sini, cuma dapat perhatikan makcik-makcik yang duduk berjualan di Pasar Khadijah, peniaga-peniaga kita di Pengkalan Kubor, Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang. Itu adalah sebahagian daripadanya. Memang orang Kelantan suka berniaga. kalau ada kat belakang rumah dia 5 biji kelapa, lima genggam cili api atau 5 lima ikat kangkung pun dia akan bawak pergi jual kat pasar-pasar tani sambil duduk kat tanah beralaskan tikar.

Kekadang tu, kalau pandai sikit buat kuih akok ke, karipap ke, lompat tikam ke, laksam ke (banyaknya "ke"...) dan sebagainya kalau boleh mereka nak jual jugak serba sikit. Orang Kelantan kata "boleh samah serial takpo doh." (boleh seringgit dua pun takpe dah). Itulah serba sikit intro pertama dalam blog ambo. Nak dengar cerita selanjutnya, tunggu post-post yang akan datang...