Jika kita hendak menimba ilmu berniaga, kenalah belajar daripada orang yang juga berniaga. Jika kita bertanya kepada orang yang makan gaji, banyak perkara yang kita takkan puas hati. Kebanyakannya teori tanpa amali, tanpa pengalaman hanya pemerhatian dan hanya nasihat gitu gini bukannya kenapa perlu begitu atau begini.
Pernah sekali seorang peniaga cina ditanya kenapa orang cina belajar tinggi2 tapi bila balik, berniaga tolong mak bapak jugak. Diaorang kata siapa lagi yang boleh mewarisi perniagaan mereka kalau bukan anak beranak. Dia kata lagi, orang Melayu kalau berniaga kurang laku, terus nak berniaga jual makanan. Perniagaan makananlah yang paling senang nak buat. Pandai masak sikit-sikit pun boleh jual. Tak belajar tinggi pun boleh jadi tauke. Tapi bagi saya perniagaan makananlah (terutama kedai makan) yang paling cerewet. Apa tidaknya, semua benda kena perhati. Dari bawang-bawang ke pencungkil gigi, dari kertas bungkus ke tisu dan sudu garpu. Dari gulai-gulai ke sambal belacan. Semuanya kena perhati tengok.
Pesan usahawan cina kepada orang Melayu kita, kalau hendak berniaga, kena ingat ini:
1. Kalau nak berniaga, juallah di tempat yang mana ramai orang menjual.
2. Jangan berniaga sama produk. Contohnya kalau jual pisang goreng, semua yang lain ikut jual pisang goreng.
3. Jadilah pelengkap kepada perniagaan lain. Contohnya: Kalau orang lain jual pisang goreng, kita juallah air batu. Pelengkap kepada jual makanan, ialah jual minuman.
Sebab itu, bila kita perhatikan, KFC akan duduk dekat dengan Mc Donald ke, Ayamas ke. Kerana masing2 ada pelengkap. Orang yang tak suka KFC tapi suka makan burger, akan ke Mac Donald. Atau orang yang nak makan ayam atau nugget dan tak suka tengok orang ramai-ramai, hanya perlu pergi ke kiosk Ayamas shj.
4. Pastikan perniagaan pertama yang kita ceburi betul-betul maju. Barulah boleh ceburi bidang perniagaan yang lain.
5. Tidak ada jalan pintas untuk cepat kaya.
Demikianlah beberapa nasihat yang saya boleh ingat. Ada juga yang terlupa. Tapi perhatikanlah... Biasanya orang melayu selalu jadi kuli di "company" orang cina. Tapi jarang sungguh kita lihat orang cina jadi kuli di company orang melayu. Kan? Agaknya orang melayu lebih suka jadi kuli dari jadi tauke walaupun belajar sampai universiti. Padahal orang cina yang jadi tauke tu kekadang tak pas SPM pun.
Setakat ini dulu catatan saya....
No comments:
Post a Comment